Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik
Pengenalan
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
Peranan komputer dan internet dalam pendidikan
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:
Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.
Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).
Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).
Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.
Integrasi internet dalam pendidikan
Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah matematik. ( Keterangan lanjut tentang internet boleh didapati dalam
http://www.msn.com/tutorial/default.html )
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
· Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.
· Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.
· Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.
· Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa. Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:
· E – mail (Mel Eletronik)
· Laman Web (WWW)
· Internet Relay Chat (IRC)
· Telnet
· Kumpulan Diskusi dan Berita
· File Transfer Protocal (FTP)
Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Mel Elektronik (E-mail)
Mel eletronik adalah satu perkhidmatan internet yang popular dan memudahkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain. Setiap pesanan yang dihantar, akan melibatkan kos yang amat minimum . Pesanan dan pertanyaan boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau pejabat dan akan sampai kepada penerima dalam masa yang singkat. Selain daripada bentuk teks, penghantaran melalui e-mail boleh melibatkan imej grafik dan suara ( voice mail ). Penghantaran maklumat tersebut boleh dilakukan sama ada dari se orang ke se orang atau dari se orang kepada ramai, yakni se kumpulan penerima secara serentak. Se orang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):
Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian.
Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:
Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.
Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara.
Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".
Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996):
Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia
Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer
Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan
Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi
Kumpulan berita dan diskusi
Di internet, kita boleh membaca atau menyertai perbincangan tentang pelbagai subjek mengikut minat dan cita rasa kita. Kumpulan berita dan diskusi secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mail secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan diskusi berkongsi pendapat dan membantu di antara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi yang boleh disertai oleh pendidik mengikut minat mereka. Senarai kumpulan diskusi eletronik dalam pendidikan boleh didapati dari laman http://k12.cnidr.org:90/list.html.
Pengkalan data katalog perpustakaan
Di Amerika Syarikat , pengkalan data seperti ERIC dan ETS Test Collection adalah merupakan pengkalan data yang paling polular dikalangan pendidik dari semua peringkat. Kita boleh mendapatkan data soal-selidik, artikel-artikel, rancangan pengajaran, ujian, dan lain-lain alat pengukuran dari dua pengkalan data tersebut. Kita juga boleh mengakses katalog dari perpustakaan misalnya perpustakan Universiti Malaya dan lain-lain universiti luar negara serta mengakses bahan-bahan teks bercetak dari badan kerajaan Amerika.
Laman Web ( World Wide Web)
Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’ (TMB, 1998, Crumlish, 1996). Halaman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya. Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10 peratus setiap hari, halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya. Para pendidik boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran , dan lain-lain bahan pengajaran pembelajaran seperti maklumat mengenai projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajar , pendidikan keibu-bapaan, dan maklumat kesihatan serta bermacam-macam maklumat lain yang boleh diperolehi dengan mudah dan cepat.
Terdapat satu laman (
http://k12.cnidr.org:90/web.intro.html) yang menghuraikan cara-cara menggunakan World Wide Web khususnya dalam mereformasikan kurikulum. Dicadangkan bahawa WWW dalam pendidikan boleh berperanan sebagai:
Tutor
Pusat sebaran dan penerbitan
Medan perbincangan ( Forum )
Pemandu ( Melalui search engine )
Permindahan Fail ( FTP )
Menerusi internet, segala fail sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio atau video amat mudah untuk dipindahkan dari satu komputer kepada komputer yang lain dengan menggunakan " File Transfer Protocol (FTP)". Segala bahan pembelajaran yang terdapat dalam sesuatu server (di mana-mana institusi pendidikan) boleh dipindahkan ke dalam komputer kita di rumah atau di sekolah tanpa mengalami sebarang perubahan. Pada hari ini, terdapat pelbagai perisian yang boleh dimuat turun (download) sama ada secara percuma ataupun berbayar. Kita juga boleh memuatkan kembali (upload) segala fail ke dalam sesuatu server untuk di pamirkan atau dimanfaatkan oleh orang lain, terutama para pendidik dan pelajar di seluruh dunia. Semuanya menggunakan kemudahan FTP.
Capaian maklumat melalui internet melibatkan dua komponen utama iaitu capaian secara fizikal (physical access) dan capaian secara bijaksana (intellectual access). Capaian secara fizikal di dalam internet merupakan kemudahan kelengkapan komputer kepada guru dan pelajar untuk mencapai internet berserta dengan komponen seperti e-mel, gopher, kumpulan perbincangan elektronik, pemindahan fail, Archie, Veronica, WAIS, dan WWW. Tanpa kemudahan untuk mencapai internet, pengajaran secara maksima mengintegrasikan internet dalam pengajaran dan pembelajaran sukar berlaku. Namun dengan kemudahan jaringan kerja setempat "LAN" (Local Access Network) hasrat mengintegrasikan internet ke dalam pengajaran masih boleh dilaksanakan. Pelajar juga perlu dididik mengenai tanggungjawab dan etika sebagai pengguna "on-line" di dalam mencapai internet. Pelajar perlu didedahkan kepada capaian intelektual , iaitu kebolehan dan kemahiran menjelajah dunia siber dengan penuh berakhlaq dan bijaksana.
Kemahiran-kemahiran intelektual yang perlu ada pada pelajar di dalam mencapai internet secara efektif ialah:
Mengetahui cara menggunakan beberapa aplikasi penting seperti e-mail, FTP, IRC dan sebagainya.
Menguasai beberapa perisian word processing dan grafik.
Memilih engin pencari yang sesuai dan tahu menggunakannya.
Memilih maklumat yang sah dan boleh dipercayai melalui penilaian terhadap kandungan dan sumber.
Merancang pencarian supaya cepat dan tepat.
Menganalisa data.
Membina dan menguji model-model.
Pembelajaran melalui internet seharusnya lebih banyak tertumpu kepada aktiviti "intellectual inquiry" , iaitu aktiviti yang boleh membawa pelajar kepada penyelesaian masalah berasaskan sumber maklumat yang bermakna. Antara kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ialah:
Pengajaran berasaskan sumber (resource based teaching)
Pengajaran pemusatan pelajar (child-centered classrooms)
Pengajaran berkonstruktif (constructivist teaching)
Pengajaran dan pembelajaran "Authentic" (Authentic teaching and learning)
Pengajaran dan penilaian berasaskan kepada pencapaian pelajar dalam sesuatu projek (project oriented education using authentic assessment).
Internet sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran
Perkembangan internet di negara maju amat jauh ke hadapan berbanding dengan negara kita. Tetapi ini tidak bermakna kita lupakan saja untuk mengejar mereka. Internet telah digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga amat sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara seseorang guru dengan guru lain , guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain. Antara bahan berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet ialah:
Projek
Terdapat beberapa projek yang telah dan boleh dijalankan oleh para guru berasaskan kepada Internet. Projek ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan diluar kelas. Ianya perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari. Antara beberapa tapak web yang mempunyai cadangan tersebut ialah:
Academy One -
http://www.nptn.org.cyber.serv/AOneP/academyone/project-index.html
Global School Net Foundation -
http://www.gsn.org/
IECC Projects -
http://www.stolaf.edu/network/lecc/
http://www.nptn.org.cyber.serv/AoneP/academyone/Project-index.html
Projek berasaskan Internet perlu diintegrasikan ke dalam pelajaran yang biasa diajar di dalam kelas. Kenal pasti terlebih dahulu objektif yang perlu dicapai di dalam kelas. Kemudian fikirkan cara Internet boleh digunakan dengan berkesan. Kemudian, cari bahan yang sesuai dan rancangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta menjayakan projek tersebut.
Rancangan pengajaran (Lesson Plans)
Terdapat beratus-ratus rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh para guru dari seluruh pelusuk dunia yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Selain dari matematik, rancangan pelajaran tersebut meliputi pelbagai mata pelajaran yang lain. Antara tapak-tapak web yang boleh kita lawati untuk mendapatkan rancangan pengajaran ialah:
sains (
http://wwwsci.lib.Uci.edu/SEP/SEP.Internet )
sains sosial: (
http://www.csun.edy/hceduo13/)
Matematik: (
http://forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html )
English :
http://www.teachnet.com/lesson.htmlhttp:/www.mmserve.com/educ
The Lesson Plan Page: (
http://www.coe.missouri.edu/~kyle/edu.html )
Untuk melihat tapak web pendidikan tempatan bagi mendapatkan sumber yang dapat digunakan untuk peringkat UPSR, PMR , dan SPM , lawatilah TM School On-Line
Bahan maklumat yang menarik dan terkini
Sesetengah aktiviti Internet cuma memerlukan sebuah dua komputer di dalam bilik darjah. Manakala yang lainnya memerlukan setiap pelajar duduk di depan komputer semasa berinteraksi dengan bahan dari Internet. Oleh itu, guru perlu tahu sedikit sebanyak tentang cara Internet dapat digunakan semasa mengajar. Antara cara Internet telah dan dapat digunakan ialah: mendedahkan pelajar kepada pelbagai bahan yang terdapat di dalam Internet. Bahan-bahan ini seperti imej bumi yang diambil dari satelit di seluruh dunia atau maklumat tentang puting beliung, fakta-fakta negara, pelbagai jenis penyakit yang susah diperolehi dari sumber biasa. Tambahan pula, maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang dapat diperolehi dari sumber lain. Guru juga dapat mengatur supaya pelajar membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di seluruh dunia secara elektronik. Muzium, tempat-tempat bersejarah seperti Melaka dan tempat-tempat menarik seperti Grand Canyon dan Niagara Falls terdapat di dalam Internet, khususnya World Wide Web. Gambar dan maklumat tentang tempat-tempat ini dapat diperolehi dengan cepat dan mudah.
Bahan bacaan dan kemahiran berbahasa
Di dalam Internet juga terdapat beribu majalah dan jurnal. Begitu juga dengan surat khabar. Pelajar boleh diminta untuk mendapatkan berita tentang sesuatu perkara melalui akhbar dari seluruh dunia, dan bandingkan cara penyampaian berita di lain-lain negara. Cara ini mungkin sesuai bagi pelajar-pelajar peringkat menengah atas. Anda boleh mengunakan kemudahan ‘search engine’ untuk mendapatkan akhbar , majalah atau bahan-bahan bacaan tertentu dengan menulis tajuk yang diingini.
Untuk membaca beberapa akhbar dari seluruh dunia, sila ke:
http://www.ipl.org/
Guru juga dapat menggunakan Internet untuk mempertingatkan kemahiran menulis. Mel elektronik merupakan aplikasi utama di sini. Terdapat beberapa tapak web seperti Kidlink ( http://www.kidlink.org/ ) yang menyediakan aktiviti forum untuk disertai pelajar dari umur 10 tahun hingga 14 tahun untuk berhubung antara satu sama lain dengan membincangkan topik yang telah ditetapkan. Semasa menyertai forum sebegini melalui mel elektronik, pelajar biasanya lebih prihatin dan teliti dalam menulis. Mereka akan memastikan ejaan dan nahu betul dan apa yang dibangkitkan memberi imej yang positif bukan sahaja mereka sendiri tetapi sekolah, masyarakat dan negara.
Perkongsian maklumat
Selain itu, guru sendiri boleh berhubung dengan guru lain untuk berkongsi sumber, idea ataupun masalah khususnya melalui kumpulan diskusi elektronik. Terdapat berpuluh-puluh kumpulan diskusi elektronik di dalam internet yang boleh disertai secara percuma oleh guru di seluruh dunia. Beberapa contoh kumpulan diskusi elektronik yang meliputi pelbagai bidang dan topik boleh didapati dari laman berikut:
http://www.educ.kent.edul/deafed/whahome.httm
Guru juga dapat membaca artikel yang berguna untuk mempertingkatkan diri mereka sebagai pendidik atau untuk mendapatkan idea bagi mengintegrasikan teknologi di dalam bilik darjah. Antara jurnal berkenaan yang ada di dalam Internet ialah:
From Now On :
( http://fromnowon.org )
Technological Horizons in Education Journal : (
http://www.thejournal.com/ )
Electronic Learning : (
http://place.scholastic.com/EL/index.htm )
Kalau anda berminat tentang sekolah bestari di Amerika Syarikat, beberapa dokumen juga terdapat di dalam Internet. Antaranya ialah
Getting America's Students Ready for the 21st Century :
http://www.ed.gov/Technology/Plan
A Handbook for Creating Smart Schools :
http://darkwing.uoregon.edu/~ncite/smart.htm
Leaning Schools :
http://www.nap.edu/readingroom/books/techgap
Saluran komunikasi
Para guru dan pelajar juga berpeluang berkomunikasi antara satu sama lain melalui internet, sama ada secara lisan atau tulisan. Terdapat beberapa kemudahan berupa perisian atau komputer server yang telah menyediakan kemudahan tersebut. Antara bentuk saluran komunikasi (atau perisian) yang terdapat melalui Internet ialah:
Internet Relay Chat (IRC)
Discussion group (eg. Forum)
Internet phone, netmeeting, cooltalk dan sebagainya
Video Conferencing
ICQ , dan lain-lain lagi
Laman Maktab Perguruan Kuala Terengganu telah menyediakan satu bilik perbualan (Bilik Rehat MPKTBR) dan satu bilik perbincangan (Ruangan Muzakarah) untuk kegunaan seluruh warga maktab dan musafir siber yang lain.
Halaman MPKTBR:
http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/lamanmpkt.html
Penggunaan internet dalam pendidikan matematik
Internet adalah satu sumber pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik. Terdapat pelbagai bahan menarik, yang meliputi pelbagai tajuk seperti arithmetik, geometri, statistik, kalkulus, algebra, sejarah , dan sebagainya. Antara bahan yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar berhubung dengan pendidikan matematik ialah:
Teori pembelajaran dan aplikasi
Antara teori pembelajaran yang sering diperbincangkan oleh warga pendidik pada masa ini ialah konstruktivisme dan konstruktionisme. Beberapa strategi ( atau teknik ) pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut pula ialah seperti 'pembelajaran koperatif', 'inkuiri penemuan' , dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut boleh diperolehi daripada laman-laman berikut:
http://www.ilt.columbia.edu/k12/livetext/docs/berry1.html –Designing Effective School-Based Learning Environments: Cognitive Apprenticeship Models
http://129.7.160.115/INST5931/Constructivist.html - Constructivist Classrooms
http://www.ilt.columbia.edu/ilt/papers/JohnBrown.html - Situated Cognition and the Culture of Learning
http://asb.www.media.mit.edu/people/asb/convergence.html -The MediaMOO Project: Constructionism and the professional community
http://www.aber.ac.uk/~dgc/texts.html - Texts and the Construction of Meaning.
http://www.aber.ac.uk/~dgc/trans.html - Transmission Model of Communication: A critique
http://www.aber.ac.uk/~dgc/interp02.html - Active Interpretation
http://diogenes.sedl.org/scimath/compass/v01n03/understand.html - Building an Understanding of Constructivism
http://edie.cprost.sfu.ca/it/constructivist-learning - Constructivist Theories United States Distance Learning and Teacher Education
http://www.oise.on.ca/~kdavidson/cons.html - Linking Theory to Reality
http://education.indiana.edu/~cep/courses/p540/semcons/semcons_overview.html - An Overview of Semiotic/Constructivist Theories
http://education.indiana.edu/~cep/courses/p540/ad_reflexive.html - Covert Constructivism
http://tecfa.unige.ch/tecfa/tecfa-research/memolab/report93-title.html - Intelligent Learning Environments
http://psych.hanover.edu/vygotsky/krauss.html - A Mediation Model For Dynamic Literacy Instruction
http://kvoneida.hbg.psu.edu/FACULTY/Farquhar/Research/SC&I.html - Social Constructivism Research
http://www.cs.colorado.edu/~l3d/presentations/gf-wlf - Life Long Learning and Design
file://ithaca.icbl.hw.ac.uk/pub/nato_asi/duf4.txt.gz - Classroom Restructuring: What do teachers really need?
gopher://gopher.lib.virginia.edu/00/alpha/psyc/1992/psyc.92.3.63.reading-inference-1.1.garnham -Minimalism vs Constructionism: a false dichotomy in theories of inference during reading
ftp://princeton.edu/pub/harnad/Harnad/harnad82.neoconst - Neoconstructivism: A unifying theme for the cognitive sciences.
http://134.184.35.101/PHYSCONS.html - Physical Constructivism
file://ithaca.icbl.hw.ac.uk/pub/nato_asi/duf2.txt.gz - Constructivism and the design of learning environments: Context and authentic activities for learning
http://pespmc1.vub.ac.be/construc.html - Epistemological Constructivism
http://www.oise.on.ca/~sinkpen/VRED.html - Virtual Reality and Education
ftp://ithaca.icbl.hw.ac.uk/pub/nato_asi/dhj.txt.gz - Thinking technology: Toward a constructivist design model
Untuk kandungan tambahan, sila buka laman
http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html
Penyelesaian masalah
Selain daripada huraian konsep penyelesaian masalah, di sini terdapat beratus soalan yang meliputi pelbagai topik dalam matematik. Para guru boleh membimbing para pelajar memilih soalan-soalan berkaitan untuk diselesaikan di dalam atau di luar kelas.
http://mailer.fsu.edu/~ssproule/pow.htm - Problem of the week
http://www.col-ed.org/smcnws/studentdirections.html - Mathematics problem solving student directions
http://virtual.chattanooga.net/math/article3.html -The Mathematics of problem solving
http://virtual.chattanooga.net/math/article1.html - How I solved the problem solving problem
http://www.enc.org/reform/journals/ENC2280/nf_28023s1.htm - Mathematics as problem solving - Grade 4
http://www.enc.org/reform/journals/ENC2280/28075s1.htm - Mathematics as problem solving - Grade 5 – 8
http://www.enc.org/reform/journals/ENC2280/nf_280137s1.htm - Mathematics as problem solving - Grade 9 – 12
http://www.haltonbe.on.ea/problem/mathprob.htm - Mathematics problem solving homepage
Keterangan lanjut, sila buka laman
http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html
Pintar cerdas
Apakah ciri-ciri pelajar pintar cerdas ? Bagaimana mendidik (mengasuh) pelajar pintar cerdas ? Apakah peranan guru, pentadbir, dan ibu bapa untuk melahirkan pelajar pintar cerdas ? Jawapan dan keterangan kepada persoalan-persoalan tersebut boleh anda dapati dalam laman berikut :
http://www.nfgcc.org/ - National Foundation for Gifted and Creative Children
http://www.nagc.org/ - National Assosiation for Gifted Children
http://www.mfgc.org.uk/mfgc/ - Mensa Foundation for Gifted Children
ttp://www.gifted.org/#Gifted Children Society - Gifted Children Society
http://www.cec.sped.org/ - Council for Exceptional Children
http://www.leland.stanford.edu/group/ASP/ - Accelerated Schools Project
Jurnal dan majalah pendidikan matematik
Antara jurnal dan majalah yang amat berkaitan dengan pendidikan matematik :
http://www.nctm.org/ - National Council of Teachers of Mathematics
http://www.nctm.org/journals/jrme/jrme-home.htm - Journal for research on mathematics education
http://www.nctm.org/mt/mt.htm - Mathematics Teacher
http://www.nctm.org/tcm/tcm.htm -Teaching Children Mathematics
http://www.ciue.rpi.edu/icme/_index.html -Internasional Conference on Mathematics Education
http://gamstcweb.gisd.k12.mi.us/cgi-bin/wilma/mathmag - Mathematics Magazines
http://members.tripod.com/~MUJAHID/Jasa.html - Buletin Jabatan Sains MPKTBR
Rekreasi matematik
Beberapa laman yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk rekreasi matematik yang meliputi pelbagai topik dan tahap pelajar.
http://www.lifelong.com/CarnivalWorld/MonsterMath/MonMathHP.html - Monster Math.
http://us.yimg.com/images/new2.gif - these monsters need some help!
http://www.eduplace.com/math/brain - Puzzles for third to seventh-graders and older.
http://www.cs.uidaho.edu/~casey931/conway/games.html - colorful illustrations and instructions for fun games.
http://freeabel.geom.umn.edu/java - Try your hand at these games.
http://www.edven.com/ - Gold Medal Math
http://www.cut-the-knot.com/ - problem-solving activities, including a great puzzles and games page.
http://forum.swarthmore.edu/mathmagic/ - MathMagic
http://www.math.scarolina.edu/cgi-bin/sumcgi/Newton.pl - Newton's Method
http://www.period.com/puzzles/ - Period.Com Puzzles
http://www.ditell.com/~ericward/puzzle.html - cool math story problems and puzzles.
http://schoolcentral.com/willoughby5/default.htm - use your math skills to help Dexter find the hidden gold.
Forum matematik
Satu ruangan perbincangan siber tokoh-tokoh pendidikan matematik seluruh dunia yang meliputi pelbagai topik. Tajuk dan kandungan perbincangan dikumpulkan dan disusun dengan sistematik bagi memudahkan pencarian. Turut dimuatkan dengan isu-isu terkini dalam dunia matematik dan pendidikan matematik. Terdapat kemudahan ‘pencari bahan’, di mana anda hanya perlu menulis kata kunci atau topik-topik tertentu tentang matematik. Satu senarai yang berkenaan akan muncul, dan anda boleh memilih item/tajuk yang sesuai.
Math Forum
http://www.forum.swarthmore.edu/
Soal jawab matematik
Dalam ruangan ini, anda berpeluang untuk mengemukakan sebarang kemusykilan berhubung dengan matematik dalam pelbagai bidang. Soalan anda akan dijawab oleh pakar-pakar matematik yang sentiasa berusaha melayan setiap pertanyaan dengan baik. Jawapan anda akan dihantar melalui e-mail. Anda juga dapat membaca koleksi soalan dan pertanyaan yang telah dikumpulkan mengikut topik-topik tertentu.
Ask Dr. Math
http://forum.swarthmore.edu/dr.math/
Rancangan pelajaran
Rancangan pelajaran ini mengandungi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan oleh guru-guru matematik di seluruh dunia. Meliputi pelbagai topik dan tahap. Anda juga berpeluang untuk mengemukakan rancangan pelajaran yang lengkap bagi dimuatkan dalam halaman tersebut (Jika terpilih).
Lesson Plans :
http://forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html
http://scssi.scetv.org/mims/lp_ssi.htm
Jurnal matematik
Koleksi jurnal matematik dari seluruh dunia dalam pelbagai bidang berhubung dengan matematik. Setiap jurnal mengandungi artikel atau abstrak yang terkini dan boleh dicetak untuk simpanan peribadi. Terdapat juga laporan hasil kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji dari seluruh dunia . Penulisan akademik ini akan bertambah dari masa ke semasa dan akan lebih mudah diperolehi bila wujudnya ‘Internet 2’ , sedikit masa nanti.
Mathematics Journals :
http://www.math.psu.edu/MathList/Journals.htm
Sejarah matematik
Sejarah matematik telah disusun mengikut tajuk dan bidang tertentu dalam matematik. Paling menarik ialah kita dapat mengetahui nama tokoh-tokoh matematik silam yang lahir atau meninggal pada tarikh-tarikh tertentu bersama dengan gambarnya sekali (Mathematicians of the day). Disediakan juga susunan peristiwa dan tokoh mengikut kronologi. Semasa mempelajari sesuatu topik matematik dalam bilik darjah, para pelajar boleh diminta untuk mencari dan mengenalpasti tokoh-tokoh yang berkenaan dengan melungsuri halaman tersebut.
History Topics Index :
http://www.groups.dcs.st-and.ac.uk/~history/HistoryTopics.htm
Online exercises
Online Exercises ialah latihan yang dibuat secara online; di mana para pelajar akan membuka laman yang dikirimkan oleh guru dan menyelesaikan semua masalah yang terdapat dalam latihan tersebut. Para pelajar dikehendaki sama ada mengemukakan jawapan sahaja atau bersama-sama dengan jalan pengiraan. Cara ini boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan, pengukuhan, ujian , kerja projek, soal selidik dan sebagainya. Melalui cara ini juga, pembelajaran dapat dilakukan secara optimum dan berterusan. Proses pembelajaran akan berlaku di dalam dan luar waktu persekolahan melalui bimbingan secara siber. Masa dan tempat bukan lagi penghalang kepada proses pembelajaran.
Online Exercises :
http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/latihan.html
http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/latihan.html
http://math.uc.edu/onex/demo.html
Kesenian matematik
Matematik adalah seni. Bentuk-bentuk geometri yang diolah dan dipelbagaikan akan menghasilkan satu corak yang menarik dan berharga. Melalui internet, corak-corak yang menarik itu boleh dipamirkan dalam bentuk interaktif dan pelbagai. Para guru dan pelajar akan berpeluang menghasilkan corak-corak tersebut dengan menggunakan daya kreativiti dan imaginasi masing-masing. Ianya juga boleh digunakan sebagai bahan projek atau dalam pendidikan seni.
Gallery of Interactive Geometry :
http://www.geom.umn.edu/apps/gallery.html
Perisian matematik
Terdapat banyak perisian matematik (mathematics software) yang boleh digunakan untuk pengajaran sesuatu konsep dan penguasaan kemahiran matematik. Perisian ini boleh digunakan sama ada secara online atau dimuat turun (download) ke komputer peribadi. Ianya mudah digunakan dan merangkumi banyak topik dalam matematik.
Math Sofware :
http://forum.swarthmore.edu/~steve/steve/mathsoftware.html
Pengawalan bahan negatif
Antara isu yang sering diperkatakan berhubung dengan penggunaan internet ialah berkenaan dengan bahan-bahan negatif yang terdapat di dalamnya. Terdapat ramai di kalangan ibubapa dan guru-guru yang merasa takut dan bimbang sehinggakan mereka sanggup mengenepikan kepentingan dan manfaat yang sangat besar daripada internet. Memang tidak dinafikan, bahawa dalam internet terdapat pelbagai bahan berunsur negatif, seperti dadah, alkohol, keganasan, seks dan sebagainya. Manakala sejak akhir-akhir ini, terdapat berita-berita palsu dan khabar angin yang berunsur fitnah telah disebarkan kepada pengguna melalui internet. Walau bagaimanapun ianya tidak harus dianggap sebagai satu penghalang yang besar, sehingga kita lupa dan meninggalkan segala kebaikan yang ada. Siapa yang akan rugi ? Kita dan keluarga kita……….! Ingatlah !! " Kalau kita tidak suka satu perkara, jangan tinggal semua perkara ". " Tepuk dada, tanyalah iman "
Sebagai pengguna yang bijak dan berakhlaq, kita seharusnya berikhtiar mencari jalan untuk menyekat dan menghalang unsur-unsur negatif tersebut , walaupun tidak seratus peratus. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh para guru dan ibubapa untuk mengawal bahan-bahan negatif tersebut ialah:
Merahsiakan kata laluan ( password )
Mengubah kata laluan
Sentiasa membuat pengawasan dan pemerhatian
Letakkan komputer di tempat terbuka
Sediakan bahan alternatif
Gunakan penapis
Gunakan perekod data ( eg. Unmozify )
Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
Contoh yang baik daripada ibubapa/guru
Latihan dan tarbiyah yang berterusan
Penutup
Jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Terpulang kepada guru untuk dapat membawa penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini, tetapi kemudahan untuk mengguna internet terdapat di-mana-mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain.
Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlaq mulia.
" Pendidikan hari ini untuk kehidupan masa hadapan "
Lampiran 1 : Pengalaman se orang guru yang mengintegrasikan internet dalam P~P
Lampiran 2 :Senarai website yang berkaitan dengan pendidikan
BIBLIOGRAFI
Al Ghamdi, Y. A. S. (1987)." The Effectiveness of Using Microcomputers in Learning Algebraic Precedence Conventions". Doctoral Dissertation, Florida State University.
Bier, M. et. al. (1996). "Personal Empowerment in the Study of Home Internet Use by Low-Income Families". Journal of Research on Computing in Education. Volume 28 (5).
Cockroft, W. H. (1986). Mathematics Count. London. HMSO
Crumlish, C. (1996>

Category:

No comments:

Post a Comment

HAPPY BIRTHDAY

LAWATAN KE BTP KL & PARLIMEN

MUTIARA KATA

RADIO SENSASI